Search
Close this search box.
Mayat mangsa yang dijumpai dalam keadaan terbaring dengan kesan muka lebam dan berdarah dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul. Foto: PDRM

Pekerja ladang sawit ditemukan mati dipercayai mangsa bunuh

LUNDU, 11 Mac: Seorang pekerja ladang sawit ditemukan mati terbaring di atas jalan raya ladang dipercayai mangsa bunuh di kawasan ladang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintenden Damataries Lautin berkata, mangsa seorang lelaki dikenali sebagai Alexander Bida, 25, beralamat di Kampung Senibong Sejirin, Lundu, dijumpai dalam keadaan terbaring dengan kesan muka  lebam dan berdarah dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

“Polis menerima laporan berhubung kes itu pada jam 10.10 malam daripada penyelia ladang terbabit memaklumkan bahawa seorang pekerja ladang telah dijumpai terbaring di atas jalan raya ladang berkenaan.

“Kejadian dipercayai berpunca bergaduh dengan orang luar yang masuk ke kawasan ladang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, menurut seorang saksi kejadian yang merupakan pengawal ladang, mangsa datang ke pondok pengawal memberitahu mahu berjumpa adiknya di hadapan pintu masuk pondok pengawal sekitar jam 9.20 malam.

“Lebih kurang 10 minit mangsa menunggu di pondok pengawal, datang sebuah kereta menghampiri pondok pengawal dengan keadaan berundur dan berhenti di tepi jalan dalam jarak lebih kurang 100 meter dari pondok pengawal.

“Mangsa bergerak dari pondok pengawal ke arah kenderaan. Lebih kurang lima minit kemudian, pengawal ladang itu nampak mangsa berlari ke arah pondok pengawal sambil dikejar suspek,” ujarnya.

Katanya, sampai di pintu masuk hadapan pondok pengawal, mangsa rebah tertiarap di atas jalan. 

“Melihat mangsa rebah tertiarap, suspek terus melarikan diri. Suspek kes yang  belum dikenal pasti berbadan kurus, tinggi, berkulit cerah dan menggunakan baju warna kelabu,” jelasnya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Lundu untuk proses bedah siasat punca kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan