Search
Close this search box.
Fadhlina Sidek menyampaikan bantuan berupa barangan persekolahan kepada murid penghidap kanser pada Program 'Back to School' Persatuan Sahabat Kanser Kanak-kanak Wilayah Utara (FOCCAN) 2023 di Bukit Mertajam, hari ini. Foto: TVS

Kementerian Pendidikan sedia 18 inisiatif kewangan bantu murid terjejas banjir

BUKIT MERTAJAM, 11 Mac: Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan 18 inisiatif kewangan bagi membantu pelajar yang terjejas banjir pada sesi persekolahan akan datang.

Foto: TVS

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan meneliti jenis bantuan yang bersesuaian mengikut keperluan permohonan pelajar yang terjejas.

“Akan ada isu-isu tentang buku-buku sekolah, pakaian seragam dan berkait rapat dengan makan minum serta kebajikan-kebajikan lain.

“Bantuan bencana ini ada pelbagai, jadi kita nak tengok nanti bila sekolah buka dan lihat permohonan (bantuan) yang akan dikemukakan oleh anak-anak ini nanti menerusi 18 inisiatif itu,” katanya.

Pada acara itu, kira-kira 200 kanak-kanak pesakit kanser menerima bantuan berupa pembelian barangan kelengkapan persekolahan.

Foto: TVS

Sementara itu, Fadhlina berkata, kementerian itu turut mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas (SPI) baharu berkenaan persiapan sekolah pada minggu awal dengan penumpuan guru kepada program atau aktiviti suai kenal pelajar.

“Bagi anak-anak yang alami kerosakan (akibat banjir) terutamanya di Johor, kita tiada halangan untuk mereka pergi ke sekolah dengan apa sahaja pakaian, yang penting boleh pergi sekolah.

“SPI baharu menyebut, yang mana minggu awal persekolahan tidak boleh ada apa-apa pelajaran melainkan tumpu kepada aktiviti-aktiviti suai kenal untuk pelajar selesa di sekolah yang turut melibatkan guru dan ibu bapa,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan