Search
Close this search box.
Tujuh orang maut manakala lapan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah gereja di bandar Hamburg petang Khamis. Foto: Reuters.

Tembakan di Hamburg, Jerman ragut tujuh nyawa

ByBernama

BERLIN, 10 Mac: Tujuh orang maut manakala lapan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah gereja di bandar Hamburg petang Khamis, lapor Xinhua memetik akhbar Jerman Bild.

Laporan media sebelum ini memaklumkan, kejadian tembakan yang berlaku sekitar jam 9 malam waktu tempatan itu mengorbankan enam orang.

Satu lagi mayat kemudiannya ditemukan di bahagian atas bangunan itu, dan polis belum dapat mengesahkan bahawa mayat itu merupakan suspek kejadian.

Polis memaklumkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan penyerang telah melarikan diri.

Operasi besar-besaran sedang dijalankan di kawasan itu dan motif kejadian sedang disiasat, menurut ciapan polis.

Datuk Bandar Hamburg Peter Tschentscher mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan