Search
Close this search box.
Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie (kiri) ketika menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang penerima pada Program Back To School Tabung Baitulmal Sarawak di Kuching pada Jumaat. Foto TVS.

TBS komited tampung keperluan kebajikan 4,038 asnaf seluruh Sarawak

KUCHING, 10 Mac: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) komited menampung keperluan kebajikan merangkumi sekurang-kurangnya 4,038 golongan asnaf yang berdaftar di seluruh bahagian negeri ini.

Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata inisiatif akan meliputi agenda pendidikan, kesihatan, ekonomi dan makanan.

Menurutnya ia bagi memastikan agensi tersebut berperanan sebagai pelengkap bantuan yang diperuntukan melalui Belanjawan 2023.

“Kalau kita lihat apakah peranan Baitulmal apakah peranan Baitulmal, apakah peranan kerajaan yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat, jadi peranan Baitulmal di sini kami menjadi agen pelengkap dan kami mempunyai kriteria dan cara penentuan sendiri.”

“Dengan itu kita adalah tempat sebagai tambahan bagi mereka dan ada tempat mungkin terlepas pandang oleh mana-mana pihak sebab itu saya melihat peranan kami sebagai agen pelengkap dan akhirnya seluruh mereka yang memerlukan akan mendapat bantuan,” katanya.

Jelasnya, setiap tahun TBS akan membelanjakan lebih RM80 juta untuk program bantuan dan pembangunan umat terutama aspek kemahiran  serta pendidikan anak-anak.

“Kami juga meneruskan usaha kami seperti sedia maklum dari segi bantuan pelajaran bantuan kebajikan bantuan untuk isi rumah Islam dan juga bantuan untuk kemahiran.

“Semuanya berjalan dengan baik sepanjang tahun dan setakat ini kita telah dapat membantu ramai dari segi jumlah yang telah belanjakan lebih RM80 juta setiap tahun dari tahun lalu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan bantuan dan Program Back to School Tabung Baitulmal Sarawak di Ummah Distribution Center Kuching di sini pada Jumaat.

Untuk rekod, tahun 2022 Baitulmal Sarawak berjaya mengumpul sehingga lebih RM165 juta daripada kutipan baitulmal dan kutipan zakat dengan sumbangan tertinggi  daripada zakat pendapatan.

Terdahulu beliau menyampaikan bantuan persekolahan kepada 50 orang anak golongan asnaf antara 2,034 penerima yang layak di seluruh Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan