Search
Close this search box.
Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menerima cenderahati yang disampaikan Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud pada penutupan Majlis Perhimpunan Persatuan Trefoil Kebangsaan di Kuching malam ini. Foto: TVS.

Pandu Puteri diharap berupaya melahirkan wanita berkaliber

KUCHING, 9 Mac: Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) diharap berupaya melahirkan golongan remaja dan wanita dewasa yang berkaliber pada masa hadapan.

Yang Dipertua PPPM Cawangan Sarawak, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud berkata ia mampu dicapai dengan pertukaran pengalaman dan pendapat antara ahli dari seluruh negara.

“Adalah diharapkan di sepanjang majlis ini, para peserta berpeluang menambah ilmu selain mengerat tali silaturahim dan bertukar pengalaman dan buah fikiran sejajar dengan matlamat penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia iaitu untuk melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada upacara penutupan Majlis Perhimpunan Persatuan Trefoil Kebangsaan 2023 di sini, malam ini. Hadir sama, Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Justeru, beliau berharap semua ahli dapat meningkatkan penyertaan dan penglibatan dalam pelbagai akiviti-aktiviti yang mampu memberi nilai tambah kepada persatuan itu.

“Majlis ini juga bertujuan supaya semua ahli Trefoil dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Persatuan Pandu Puteri.

“Selain itu meningkatkan mutu penyertaan dan penglibatan mereka dalam membantu dan memberi nilai tambah terhadap aktiviti-aktiviti persatuan di seluruh negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan