Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin bersama rombongan memeriksa prototaip yang baru sahaja siap di fasiliti CRRC Zhuzhou Institute Co Ltd, China pada Isnin. Foto: Sarawak Metro.

Prototaip ART berkuasa hidrogen siap, jalani ujian ‘Proof-of-Concept’ di China

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 8 Mac: Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) mencapai satu lagi kejayaan besar dengan siapnya pemasangan prototaip Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidrogen di Zhuzhou, China.

Menurut kenyataan media Sarawak Metro Sdn Bhd hari ini, ART itu kini sedang menjalani ‘Proof-of-Concept’ (POC) peringkat pertama sehingga pertengahan Mac ini.

Prototaip ART berkuasa hidrogen sedia untuk diuji

Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin bersama rombongan memeriksa prototaip yang baru sahaja siap di fasiliti CRRC Zhuzhou Institute Co Ltd, China pada Isnin.

Dato Sri Lee Kim Shin bersama rombongan memeriksa prototaip yang baru sahaja siap di fasiliti CRRC Zhuzhou Institute Co Ltd, China pada Isnin. Foto: Sarawak Metro.

Beliau turut menaiki kenderaan hidrogen itu selama hampir sejam bersama delegasinya yang terdiri daripada wakil Kementerian Pengangkutan Sarawak, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Sarawak Metro Sdn Bhd.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1.  Pembinaan laluan ART Kuching-Kota Samarahan bermula

  2. 2. Sistem ART hidrogen langkah pertama penyahkarbonan

Kim Shin menegaskan projek ini penting, bukan sahaja untuk Sarawak tetapi juga untuk syarikat China yang merupakan anak syarikat milik penuh CRRC Corporation Limited.

“Ini adalah projek baharu dan penting bagi kami dan untuk (CRRC Zhuzhou Institute) kerana ia akan membuka peluang untuk mempamerkan kejayaan teknologi ini luar dari China.

Foto: Sarawak Metro

“Saya percaya anda akan dapat memanfaatkan kejayaan Projek KUTS untuk menunjukkan kepada negara lain faedah menggunakan teknologi ini untuk bandar mereka,” ujarnya.

Selain itu, Kim Shin turut menekankan kepentingan Projek KUTS sebagai projek perintis untuk kedua-dua Sarawak dan CRRC Zhuzhou Institute di luar China, justeru beliau mengharapkan kerjasama selanjutnya dapat dijalinkan pada masa hadapan.

Berikutan peringkat awal latihan POC di China, peringkat kedua latihan POC untuk kenderaan ART ini akan dijalankan di Kuching menjelang suku ketiga tahun ini.

Kenderaan ART prototaip untuk latihan POC ini berukuran 30.2 meter panjang, 2.65 meter lebar dan 3.7 meter tinggi dan boleh mencapai kelajuan sehingga 70 kilometer sejam selain mempunyai kapasiti 241 penumpang.

Anggota delegasi ke China termasuk Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa dan Pegawai Bertanggungjawab Sarawak Metro, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Awang Nasfuddin Awang Hassan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan