Search
Close this search box.
Datuk Seri Hajiji Noor, Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah. Foto: CMO

Tujuh ADUN diterima sertai Gagasan Rakyat

ByTVS

KOTA KINABALU, 7 Mac: Seramai tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti UMNO dan Warisan yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini telah diterima masuk menyertai parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Presiden Gagasan Rakyat yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan semua ADUN berkenaan ke arah memastikan perpaduan yang jitu.

Beliau berkata, penyertaan mereka juga dapat memastikan usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat terutama di kawasan masing-masing.

“Semua mereka memang sudah diterima masuk ke dalam Gagasan Rakyat dan perkara itu adalah hak individu untuk mereka menentukan pendirian dan masa depan politik masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Bicara Pemimpin Muda Bersama Ketua Menteri di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, semalam.

Sebelum ini, empat ADUN daripada UMNO dan tiga ADUN Warisan Sabah, mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta-merta pada 21 Februari lalu untuk menyertai Gagasan Rakyat.

Semua ADUN itu adalah empat daripada Umno iaitu Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk), Datuk Hamid Awang (Balung), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit) dan Datuk James Ratib (Sugut),.

Tiga ADUN Warisan pula ialah Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan