Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto tangkap layar siaran langsung Parlimen.

Parlimen: Pekerja B40 masih terima gaji RM1,200

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Datuk Seri Ismail Sabri berkata, beliau berharap agar gaji minimum RM1500 yang ditangguhkan akan dapat dilaksanakan segera.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, isu utama yang membelenggu perlaksanaan gaji minimum ialah ketidakpatuhan dan kekurangan penguatkuasaan yang menyeluruh.

Kata beliau, pada masa sama, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memaklumkan masih ada pekerja yang diupah oleh kontraktor kerajaan tidak dibayar gaji minimum.

“Sebahagian pekerja B40 masih terima gaji RM1200 sebulan, (mereka) menunggu dengan penuh harapan agar gaji dapat ditambah sebanyak RM300 menjelang 1 Januari 2023 tetapi ia tidak menjadi kenyataan,” katanya pada Sidang Parlimen di sini hari ini.

Berkenaan isu juga, Ismail Sabri berkata,  pekerja kontrak seperti pembersihan, tukang kebun dan pegawai keselamatan yang berkhidmat di bangunan kerajaan juga belum menikmati gaji sebanyak RM1500.

“(Namun) alasan yang diberikan oleh syarikat kontraktor ialah kerajaan masih belum ubah suai sebut harga dalam dokumen tender.

“Oleh itu saya berharap agar kerajaan akan ambil tindakan segera supaya syarikat – syarikat tersebut tidak memberi alasan gaji minima kepada pekerja mereka,” katanya.

Tambah beliau, jumlah RM1500 bukan angka besar malah masih di bawah pendapatan garis kemiskinan di Malaysia iaitu RM2208. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan