Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian(duduk,enam kanan) bergambar kenangan semasa menghadiri Malam Media KDJA di Kuching, malam tadi. Foto: TVS

Jangan ambil mudah aspek penjagaan kesihatan – Dr Sim

KUCHING, 7 Mac: Pengamal media di Sarawak diingatkan untuk tidak mengambil mudah aspek kesihatan walaupun sentiasa berdepan dengan jadual yang padat.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, pengalaman berdepan dengan wabak COVID-19 dua tahun lalu harus dijadikan pengajaran khususnya petugas barisan hadapan betapa pentingnya aspek penjagaan kesihatan dan kebersihan diri.

“Jika ia tabiat yang baik sepatutnya sentiasa diamalkan kerana kita tidak tahu sama ada perkara sama akan berulang atau sebaliknya.

“Semua pihak sudah tentu berharap situasi itu tidak akan datang semula kerana bagi saya, saya merindui untuk dapat bercuti dengan senang, merindui untuk berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai.

” Jadi jika apa yang kita lakukan sekarang ini merupakan sesuatu tabiat yang baik, saya ingin menyeru marilah kita teruskannya,” katanya ketika berucap di Malam Media Persatuan Penulis Bahagian Kuching (KDJA) di sini, malam tadi.

Tambah Dr Sim, selain mengambil berat perihal kesihatan, pengaruh media sosial juga sesuatu yang perlu diadaptasikan oleh semua pengamal media.

Katanya, pekembangan penggunaan media sosial yang pesat menjadikan hampir semua orang boleh menjadi wartawan segera.

“Walaupun ia satu perkembangan baik namun terdapat segelintir yang menyalahgunakannya untuk menyebarkan perkara yang boleh memberikan kesan buruk terhadap masyarakat dan negara.

“Di era media sosial ini semua orang mampu untuk menjadi seorang wartawan dan meletakkan apa sahaja maklumat tanpa mengira sama ada ia benar atau sebaliknya. Bagi siapa yang mempunyai pengaruh yang kuat, orang akan mempercayainya yang antara lain akan menjurus kepada keputusan yang dikesali di kemudian hari,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan