Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
‘Uncle Lim’ atau nama sebenar Ling Tung Hui, 62, peserta tertua di Malaysia dan pertandingan Borneo Star Drift Battle 2023. Foto: Fiqri Razak (TVS)

‘Uncle Lim’ peserta tertua Borneo Star Drift Battle 2023

ByAdlina Rahman

KUCHING, 5 Mac: Seramai 35 peserta pemandu novis dari pelbagai daerah Sarawak termasuk Sabah dan Kuala Lumpur menyertai Borneo Star Drift Battle 2023 anjuran FL Motorsport di La Promenade Mall, Kota Samarahan, bermula semalam dan berakhir hari ini.

Salah seorang peserta yang memperkenalkan diri sebagai ‘Uncle Lim’ atau nama sebenar Ling Tung Hui, 62, berkata, pertandingan drift yang julung kali diadakan berskala besar di Sarawak itu dilihat mendapat sambutan yang positif dari orang ramai.

Dia yang merupakan peserta tertua di Malaysia dan pertandingan itu berkata, sambutan meriah tersebut memberi langkah permulaan yang baik bagi mempromosikan sukan permotoran tersebut di Sarawak.

“Saya rasa ini merupakan permulaan yang baik bagi Sarawak. Ini adalah yang pertama, antara yang berskala besar dan diharapkan pertandingan seterusnya diadakan di Miri dan membawa seluruh industri permotoran drift Sarawak untuk berkembang dengan lebih cepat,” katanya.

Bagi peserta Sabah, Emmanuel Mulana Layco Jimmy, 31, pertandingan itu memberikannya peluang untuk julung kali menyertai pertandingan seumpamanya sejak mula berjinak dalam dunia permotoran ketika berumur 16 tahun lagi.

Bagi peserta Sabah, Emmanuel Mulana Layco Jimmy, 31, pertandingan itu memberikannya peluang untuk julung kali menyertai pertandingan seumpamanya sejak mula berjinak dalam dunia permotoran ketika berumur 16 tahun lagi. Foto: Fiqri Razak (TVS)

“Berkat berdoa kepada Tuhan, saya dapat menghabiskan semua pusingan dengan baik, walaupun ada melanggar ‘cone’ (di litar), tapi saya berpuas hati,” kata Emmanuel ketika ditemui TVS di hari kedua pertandingan terbabit hari ini.

Sementara itu berkongsi pengalaman, salah seorang peserta dari Kuala Lumpur, Sherwin Chew sebelum ini telah menyertai lebih enam pertandingan drift di seluruh Malaysia dan juga antarabangsa menyatakan harapannya agar pertandingan tersebut menerima lebih banyak penyertaan jika diadakan lagi selepas ini.

Pemenang bagi Kategori PRO-AM Borneo Star Drift Battle Sherwin Chew. Foto: Fiqri Razak (TVS)

“Saya juga berharap agar lebih banyak peserta, dan penyertaan diterima dari seluruh Malaysia berbanding dari Kuching sahaja. Jadi mungkin di litar yang lebih besar. Ia mungkin akan mendapat sambutan yang lebih meriah,” katanya.

Pertandingan tersebut menjemput barisan juri yang juga merupakan ‘drifter’ profesional yang mana antaranya ialah Jason Lim, Gui Foo Sing, Mohd Zaiham ‘Bullzai’ Hamdan dan Fazreen Ismail.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah kategori Novis dan Professional (PRO-AM).

Untuk rekod, pemenang keseluruhan bagi kategori Novis Borneo Star Drift Battle ialah Uncle Lim manakala bagi kategori PRO-AM Borneo Star Drift Battle pula ialah Sherwin Chew. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found