Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dr Ripin Lamat mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Silat Antarabangsa Premier Sarawak (SPISC) 2023. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Sukan silat erat ikatan persaudaraan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 5 Mac: Seni mempertahankan diri silat bukan sekadar sukan semata-mata tetapi menjadi satu medium bagi para pesilat di setiap peringkat tidak kira negeri, negara mahupun antarabangsa mengeratkan ikatan persahabatan dan persaudaraan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dr Ripin Lamat berkata, sudah menjadi lumrah dalam setiap pertandingan pasti ada menang dan kalah, namun apa yang lebih penting ialah adanya satu jalinan persahabatan dan persaudaraan antara setiap persatuan silat.

“Para pesilat dapat bertukar pendapat dan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan mutu sukan persilatan ini,” katanya dalam ucapan penutupan Kejohanan Silat Antarabangsa Premier Sarawak (SPISC) 2023 di Stadium Perpaduan hari ini.

Pada masa sama, katanya, penglibatan para pesilat dari beberapa negeri dan negara dalam SPISC 2023 ini menandakan kejayaan serta kebolehan Rumpun Silat Sarawak (RSS) dalam menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa di Bumi Kenyalang.

“Kita amat maklum bahawa Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg amat menyokong dan mengalu-alukan penganjuran program seperti ini.

“Selain pertandingan, ia juga menjadi platform bagi mendedahkan warisan seni mempertahankan diri kepada umum dan juga memanfaatkan pertumbuhan ekonomi dari segi kehadiran pelancong,” jelas beliau.

Ujarnya lagi, kementeriannya sentiasa memberi sokongan penuh dalam penganjuran acara seperti itu dan berharap akan dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan