Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raja Sungai Petanak, pasukan Hujan Mas merakamkan gambar kemenangan bersama Royston Valentine dan tetamu kehormat yang lain. Foto: James Anthony

Hujan Mas rangkul gelaran Raja Sungai Petanak 2023

MUKAH 5 Mac: Biarpun perahu bidar milik pasukan Hujan Mas baharu sahaja siap dua minggu lepas, pasukan berkenaan berjaya merangkul gelaran Raja Sungai Petanak.

Mereka berjaya menewaskan pasukan Santai-Santai dalam acara akhir 10 pekayuh lelaki dalam Pertandingan Lumba Bidar Saberkas Unit Kampung Petanak (Yusapet) bersempena Kaul Petanak 2023 hari ini.

Perahu bidar Megat Enterprise pula merangkul juara acara akhir 10 pekayuh lelaki harapan apabila menewaskan pasukan KJL Club.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.

Pertandingan yang julung kali diadakan di Kampung Petanak itu merupakan anjuran Yusapet dengan kolaborasi bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS), Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dan penduduk Kampung Petanak serta komuniti setempat.

Keunikan pertandingan itu para pekayuh diundi secara rawak untuk menentukan pasukan yang akan mereka sertai, diikuti hanya lima buah perahu bidar sahaja digunakan untuk diundi bagi menentukan saringan setiap acara.

Turut hadir pada majlis penangguhan pertandingan tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Mukah, Pelezdman Ahip, Pemanca Mohamad Jali, Penghulu Kampung Petanak, Edmund Innu Sebli, Ketua-ketua Kaum, Tuai-tuai Rumah dan Pengerusi-pengerusi Unit Saberkas Tellian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan