Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua penandak dari Kumpulan Suara Perindu Simunjan membuat persembahan diringi paluan gendang dan violin. Foto: TVS

AKYBMS terus lestarikan seni budaya masyarakat Melayu Sarawak – Abdul Wahab

KUCHING, 5 Mac: Pengerusi Jawatankuasa Budaya dan Kesenian yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Datuk Wahab Abdul Aziz berkata, program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak merupakan acara tahunan AKYBMS bertujuan untuk memperkasakan kebudayaan kaum itu menerusi seni persembahan tradisional.

Selain bertujuan menonjolkan keberadaan golongan Melayu Sarawak, program yang telah bermula sejak dari tahun 2014 ini juga diadakan untuk memupuk semangat cintakan budaya dan seni persembahan tradisional di kalangan golongan belia Melayu Sarawak

Katanya, AKYBMS sentiasa peka terhadap pembangunan modal insan kreatif, berbudaya dan berkesenian golongan Melayu Sarawak yang dizahirkan menerusi beberapa siri program tersebut.

“Program ini mempunyai beberapa siri dan  siri pertama tahun ini dengan persembahan Gendang Melayu Sarawak. Ia juga salah satu usaha AKYBMS untuk melestari dan memperkasakan budaya golongan Melayu di Sarawak.

“Selain itu, penganjuran program ini juga mampu meningkatkan visibility masyarakat Melayu Sarawak terutama kepada golongan pelancong dalam dan luar negara,” katanya ketika berucap merasmikan Program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2023 siri pertama Gendang Melayu Sarawak yang diadakan di Godown Amphitheatre di Tebingan Sungai Kuching malam tadi.

Katanya lagi, program tersebut pada tahun ini mempunyai signifikan tersendiri kerana ia bersempena sambutan Jubli Mutiara 30 tahun penubuhan AKYBMS sejak dari tahun 1993.

Selain menerima geran dari Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, program ini juga mendapat kerjasama dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menerusi program Kejiranan Mesra (KJM).

Abdul Wahab berharap persembahan yang diadakan malam tadi mampu memberikan pendedahan kepada penonton generasi muda nilai estetika yang terdapat dalam seni persembahan tradisional masyarakat Melayu Sarawak khasnya Gendang Melayu Sarawak

Hadir sama Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Sanib Said, Timbalan Konsul Agung Brunei Thomas Ling dan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU, Rudzaimer Malek. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan