Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta melakukan persembahan aksi lasak semasa Bengkel Lakonan Karakter Building dan Aksi Lasak di Kampung Budaya Sarawak di Santubong, hari ini. Foto: TVS

Abang Johari sambut baik cadangan bangunkan IMS di Sarawak

KUCHING, 5 Mac: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Sarawak untuk membangunkan Studio Mini Perfileman seperti Iskandar Malaysia Studio (IMS) yang terdapat di Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Profesor Dr Mohd Nasir Ibrahim berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Penubuhan IMS mini serta perkampungan filem di Sarawak diyakini mampu membantu membangunkan industri perfileman di negeri ini dengan lebih cepat dan progresif.

Baca artikel berkaitan: 

  1. 1.Wajib sedia insurans keselamatan pelakon, kru produksi – FINAS
  2. 2.Suntik semangat pelakon Sarawak – Nordin

“Saya pernah berjumpa dengan Abang Johari untuk membantu Sarawak membangunkan industri perfileman di Sarawak selama 45 minit saya menerangkan kepada beliau tentang apa yang FINAS boleh bantu.

“Apa yang saya cadangkan untuk kerajaan negeri dalam membangunkan industri perfileman di negeri Sarawak, Alhamdulillah Abang Johari sangat faham, malah beliau sendiri pernah pergi ke IMS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sijil Bengkel Lakonan Karakter Building dan Aksi Lasak di Kampung Budaya Sarawak di Santubong hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Abang Johari katanya, telah sedia maklum akan peranan IMS selain mengetahui apa yang terdapat di pusat perfileman berkenaan.

Menyambut baik cadangan untuk memajukan industri perfileman di Sarawak, kata Mohd Nasir, Abang Johari memaklumkan kerajaan negeri telah memperuntukkan RM500 juta untuk pembangunan industri kreatif di negeri ini.

“Jika Sarawak memilik IMS mini dan perkampungan filem, maka industri itu akan maju dengan lebih cepat, dan untuk itu Abang Johari memberitahu bahawa kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk industri kreatif di negeri Sarawak.

“Ia satu perkembangan yang baik dan peluang untuk kita memastikan (ia dapat direalisasikan), kita jangan lepaskan peluang ini kerana ia peluang yang baik dengan sokongan kerajaan negeri kita dapat membangunkan industri filem di Sarawak,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan