Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam mengalu-alukan kerjasama Touch 'n Go eWallet bersama MFL bagi menyemarakkan lagi saingan Liga-M musim ini. Foto: Bernama.

Liga-M: Peminat bola sepak boleh beli tiket melalui Touch ‘n Go eWallet

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Peminat bola sepak tanah air kini boleh membeli tiket menerusi Touch ‘n Go eWallet bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memaklumkan Touch ‘n Go yang menjadi e-dompet rasmi MFL serta penaja rasmi Liga-M termasuk Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia menawarkan pulangan tunai sebanyak RM5, bagi pembelian minimum sebanyak RM50 kepada peminat yang membeli tiket di laman web www.tickethotline.com.my  melalui Touch ‘n Go eWallet.

“Promosi khas ini akan bermula dari sekarang hingga 31 Mac 2023 tertakluk kepada terma dan syarat.

“Dalam beberapa bulan akan datang, pengguna Touch ‘n Go eWallet juga boleh membeli tiket dan barangan MFL eksklusif secara terus melalui applikasi eWallet, tertakluk kepada terma dan syarat,” menurut kenyataan tersebut hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam mengalu-alukan kerjasama Touch ‘n Go eWallet bersama MFL bagi menyemarakkan lagi saingan Liga-M musim ini.

“Ini satu kolaborasi yang sangat baik kerana ia memberikan satu dimensi baharu dalam penajaan Liga Malaysia yang kini bergerak ke arah satu perubahan demi kemajuan semua kelab bertanding,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn. Bhd. Alan Ni pula berbangga menjadi e-dompet pilihan ramai dalam menyediakan keselamatan, transaksi tanpa tunai dan keselesaan kepada pencinta bola sepak untuk mendapatkan tiket perlawanan serta membeli makanan serta barangan lain di stadium. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan