Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan Kerajaan telah meluluskan projek pembinaan jalan luar bandar di Igan, Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM25 juta. Foto: FB Juanda Jaya

Parlimen: RM25 juta diluluskan pembinaan jalan di Igan

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Kerajaan telah meluluskan projek pembinaan jalan luar bandar di Igan, Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

Timbalan Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa, Datuk Rubiah Wang berkata, pembinaan itu melibatkan projek Jalan Kampung Bungan Besar, Jalan Ladang di Rasau, Mukah yang diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

“Skop projek ini ialah untuk membina jalan sepanjang 5.8 kilometer (km).

“Agensi pelaksana bagi projek ini adalah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diusulkan oleh Ahmad Johnie Zawawi (Gabungan Parti Sarawak – Igan) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Berhubung status projek berkenaan, Rubiah memaklumkan ia di peringkat reka bentuk akhir dan dijangka akan ditender pada suku ketiga tahun ini.

Sementara itu, Rubiah memberitahu, kementerian sedang  memohon satu projek untuk dilaksanakan di bawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk mempercepatkan perlaksanaan projek jalan luar bandar.

Sehubungan itu, beliau memohon agar setiap Ahli Parlimen membuat permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi negeri masing-masing untuk dimasukkan ke dalam senarai keutamaan negeri kepada KKWD. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan