Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. Foto: FB Dato' Setia Dr. Na'im.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. Foto: FB Dato' Setia Dr. Na'im.

Filem ‘Mentega Terbang’ jelas bertentangan dengan akidah Islam – Mohd Na’im

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap kandungan filem ‘Mentega Terbang’ mendapati, terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata JAKIM akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), juga diminta untuk memanggil pihak yang terbabit dengan penerbitan filem itu untuk urusan selanjutnya.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sama sekali tidak berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam, lebih-lebih lagi boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat Malaysia.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada penggiat seni kreatif agar lebih berhati-hati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat, agar matlamat kerajaan menuju negara MADANI akan tercapai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na’im turut menasihatkan masyarakat agar lebih berhati-hati dalam memilih rancangan televisyen untuk tontonan keluarga, sama ada dalam mana-mana platform supaya tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh menjejaskan akidah Islamiah.

Sebelum ini, filem indie tempatan yang ditayangkan menerusi platfrom penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa memaparkan adegan dengan unsur-unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan