Search
Close this search box.
Foto: OneSilat (Facebook)

Tiga pesilat Sarawak raih kemenangan dalam Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa 2023

ByBernama

KUCHING, 1 Mac: Tiga pesilat Sarawak menunjukkan prestasi membanggakan selepasĀ  menumpaskan lawan masing-masing pada hari kedua kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 di Stadium Perpaduan Petra Jaya, hari ini.

Josh Chua, Shahamierul Shelby Mohamad Maiden dan Suhaiqal Suhardie berjaya melepasi halangan suku akhir dalam kategori yang ditandingi mereka.

Josh Chua yang bertanding dalam kategori Putra C junior tangkas menguasai pertarungan dengan mempelbagaikan gaya serangan mengelirukan lawannya dari Pahang, Mohamad Mirza Danish Abdullah untuk menang dengan pungutan mata 72-18.

Shahameirul Shelby yang beraksi dalam kategori Tunggal Putra turut mencatat nama sebagai pemenang walaupun berkongsi markah 9.9 mata dengan lawannya, Mohd Hearri Chieng Mohd Firdaus Cheng yang mewakili skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam kategori Tunggal Baku Putra, Suhaiqal Suhardie berjaya meraih 9.885 mata berbanding lawannya, Dapa Riki Ananda dari Indonesia yang menamatkan pertarungan tersebut dengan mengumpul 9.850 mata.

Selain kebangkitan yang dipamerkan oleh pesilat Sarawak, turut mencuri tumpuan hari ini adalah rentak yang dipersembahkan oleh jaguh dari Amerika Syarikat, Omar Daken yang beraksi dalam dua peringkat suku akhir,Ā kategori Tunggal Putra Baku dan kategori Putra C junior.

Namun, beliau kurang bernasib baik apabila kalah kedua-duanya, di mana bagi pertarungan kategori Tunggal Putra Baku, Omar tunduk kepada pesilat Singapura, Raif Muhd Syariz Muhd Rizal, manakala dalam kategori Putra C junior, impiannya dileburkan oleh jaguh Indonesia, Dapa Riki Ananda.

Selepas dua hari bertarung, perjalanan kejuaraan ini berjalan lancar dan para pesilat dilihat semakin meningkatkan momentum persembahan masing-masing dalam misi untuk memburu kejayaan buat kontinjen mereka.

Kejuaraan ini yang pertama seumpamanya dihoskan oleh Sarawak, berjaya menarik penyertaan lebih 500 pesilat termasuk dari Amerika Syarikat, Thailand, Filipina, Singapura, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan