Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syabu yang disorok di dalam tayar ganti di dalam bonet kereta dan wang tunai termasuk mata wang asing. Foto: BSJN IPD Miri

Sepasang kekasih cuba seludup 1kg syabu di Miri gagal

MIRI, 1 Mac: Taktik sepasang kekasih menyorok dadah bernilai RM36,000 dalam tayar ganti untuk diseludup masuk ke negara ini digagalkan di Pos Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh Kuala Baram di sini, pada Selasa.

Kecekapan pihak polis menghidu kegiatan warga tempatan berusia 46 dan 41 tahun yang dipercayai tokan dadah berjaya menemui dadah disyaki jenis Methamphetamine seberat satu kilogram (kg)  yang disorok dalam bonet kenderaan suspek.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dan rampasan tersebut dilakukan semasa pasukan Narkotik daripada Ibu-pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di lokasi kejadian pada jam 3 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas tayar ganti tersebut didapati di dalamnya mengandungi satu ketulan mampat bersalut aluminium foil berselotep yang mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine sebanyak satu kilogram dianggarkan bernilai RM36,000,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, polis juga percaya kedua-dua suspek terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah kerana cuba menyeludup masuk dadah ke negara ini.

“Selain dadah, pihak kami turut merampas, wang tunai dan menyita barang kemas yang keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM 57,200,” ujarnya.

Alexson mendedahkan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali,” tegasnya.

Alexson juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah agar segera melaporkannya ke Balai Polis berhampiran agar aktiviti tidak bermoral itu dapat dibendung dan dibanteras bersama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan