Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abd Wahab. Foto tangkap layar sidang Parlimen.

Parlimen: Tanjung Manis ‘tegur’ Stampin isu Belanjawan 2023

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan mengambil sikap berdiam diri berhubung jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Sarawak dalam Belanjawan 2023.

Ir Yusuf Abd Wahab (GPS – Tanjung Manis) berkata, ini kerana menteri, timbalan menteri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sarawak sudah memberikan pandangan mereka malah telah disiarkan media tempatan.

Yusuf berkata, beliau berkongsi pendapat yang sama dengan wakil rakyat di Sarawak iaitu peruntukan RM5.6 bilion yang diumumkan tidak mencukupi.

“Memang kita rasa tidak cukup (peruntukan) begitu juga soal GPS membentuk kerajaan kerana kita akur titah Yang di-Pertuan Agong demi kestabilan politik, tidak perlu diungkit lagi,” katanya pada Sidang Parlimen hari ini.

Semalam Chong Chien Jen berkata, Kerajaan Sarawak ‘tidak bising’ selepas pengumuman Belanjawan 2023 yang menyaksikan Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM5.6 bilion atau 5.6 peratus daripada keseluruhan RM99 bilion perbelanjaan pembangunan.

Chien Jen berkata, ini berbeza berbanding 2019 ketika Kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan memberi peruntukan sebanyak 7.9 peratus dan dikritik oleh Kerajaan Sarawak.

Sementara itu, Yusuf turut mempersoalkan niat Chein Jen membangkitkan perkara itu yang menguris hati Kerajaan Sarawak walaupun sebelum ini pemimpin pusat DAP telah memohon maaf.

“Pada 24 November 2022, wakil DAP datang Sarawak jumpa Premier Sarawak dan memohon maaf secara terbuka sekiranya ada kenyataan pemimpin mereka yang menyingung perasaan Kerajaan Sarawak dan rakyat Sarawak.

“Sudah minta maaf tetapi Stampin masih singgung perasaan Kerajaan Sarawak, jadi saya ingin tahu apa muslihat Stampin,” katanya.

Yusuf turut memberi pesanan kepada Chien Jen supaya memainkan peranan bagi menjaga perpaduan dan keharmonian.

“Kita ini ibarat sebuah kapal bernama Kerajaan Perpaduan yang dikendalikan oleh kapten yang sama, menuju destinasi sama walaupun berlainan politik dan parti, jadi saya rasa tidak wajar,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan