Search
Close this search box.
Pihak Bomba mengeluarkan motosikal serta mayat mangsa dari kawasan parit Jalan Lotong menghala ke Hospital Kota Marudu. Foto: Bomba

Lelaki maut, motosikal ditunggang terjunam ke dalam parit

KOTA MARUDU, 1 Mac: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan lalu terjunam ke dalam parit di Jalan Lotong menghala ke hospital Kota Marudu di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa Jelson Ginsiu,22, beralamat di Kampung Melangkap mengalami kecederaan parah di bahagian kepala ditemukan orang awam dalam keadaan terapung di parit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam  berhubung kes itu pada jam 11.55 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku antara jam 1 hingga 4 pagi di mana mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Pekan Kota Marudu menuju ke rumahnya.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang lampu sebelum terjunam ke dalam parit…mangsa meninggal dunia dan mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zairolnizal berkata, hasil siasatan lanjut mendapati terdapat serpihan pecahan motosikal di bahu kiri jalan raya dan motosikal mangsa dijumpai berada di dalam parit berkenaan.

“Hasil siasatan juga mendapati isteri mangsa ada membuat laporan polis jam 7.02 malam yang mengatakan suaminya (mangsa) tidak pulang ke rumah sejak 26 Februari lalu selepas habis kerja pada jam 9 malam,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa yang dikeluarkan oleh pasukan penyelamat kemudiannya dihantar ke hospital Kota Marudu untuk bedah siasat.

“Siasatan masih dijalankan di tempat kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, isteri mangsa juga dalam laman sosial Facebook memaklumkan suaminya gagal dihubungi dan kemudian membuat laporan polis mengatakan suaminya tidak pulang ke rumah sejak 26 Februari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan