Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Forum Islamofobia Antarabangsa disertai 1,000 peserta terdiri daripada ahli-ahli Jemaah Menteri, Ketua-ketua Perwakilan Asing dan Pertubuhan Antarabangsa di Malaysia, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan selain wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan. Foto: Yusuf Shukri (TVS)

Islamofobia berpunca kerana maklumat salah – Zambry

ByYusuf Shukri

PUTRAJAYA, 27 Feb: Malaysia, sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya Islam tidak terlepas dari Islamofobia, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurutnya, Islamofobia telah menyusup masuk dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ini terbukti dengan tangkapan dan pertuduhan terhadap beberapa individu yang mempersendakan agama Islam, umat Islam, dan tokoh Islam khususnya di media sosial,” katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada Forum Antarabangsa Islamofobia: Penglibatan Bermakna melalui Wacana MADANI di sini, hari ini.

Beliau berkata punca Islamofobia berpunca kerana maklumat yang salah.

“Menangani isu ini adalah penting dalam membina semula toleransi dan menghormati semua lapisan masyarakat. Dengan berbuat demikian, kita memenuhi kewajipan kita untuk menegakkan hak asasi manusia sambil membina masyarakat yang lebih inklusif dan saksama,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia akan terus memainkan peranan utama menerajui agenda Malaysia MADANI dalam mempromosikan prinsip Islam dan memerangi Islamofobia di peringkat antarabangsa.

“Melalui nilai dan prinsip yang dipertahankan oleh Malaysia MADANI, ia akan mengembalikan kepercayaan Malaysia dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Konsep Malaysia MADANI diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Jan lepas, berteraskan enam tonggak iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

Beliau menambah komitmen tidak berbelah bahagi Wisma Putra untuk memerangi Islamafobia di peringkat global bersama-sama penggerak utama yang lain seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan terus kukuh.

“Islamofobia hanya boleh ditangani jika semua pihak bekerjasama untuk memeranginya. Kita mesti bersuara menentang prejudis dan ketidakadilan, menyokong saudara Islam kita dan bersama mereka dalam perpaduan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan