Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Hanifah Hajar Taib menyampaikan hamper kepada salah seorang penduduk ketika hadir sama meraikan Pesta Kaul Petanak hari ini. Foto: Pusat Khidmat Parlimen Mukah

Pesta Kaul Mukah 2023 diadakan mulai 26 April hingga 1 Mei, platform tarik pelancong

MUKAH, 26 Feb: Pesta Kaul Mukah 2023 akan diadakan mulai 26 April hingga 1 Mei depan di Tapak Kala Dana Mukah manakala Kaul Serahang Kakan diadakan pada 11 Mac ini bertemakan ‘Tiada Seuniknya’.

Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib berkata, Kaul boleh menjadi salah satu tarikan pelancong dari serata dunia serta menjadi platform bagi peniaga-peniaga kecil dalam memperkenalkan produk tempatan mereka kepada semua.

“Harapan saya agar program dan acara sebegini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua komuniti kampung. Kaul telah dianggap sebagai medan penyatuan komuniti terbesar kaum Melanau dan merupakan acara yang cukup unik dalam memahami adat budaya terutama bagi suku etnik Melanau di Mukah,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Kaul Petanak yang diadakan di Pantai Petanak di sini, hari ini.

 

Dato Hanifah Hajar Taib hadir sama meraikan Pesta Kaul Petanak yang diadakan hari ini bersama-sama penduduk kampung. Foto: Pusat Khidmat Parlimen Mukah

Beliau berkata, pelbagai langkah dilakukan untuk mengekalkan budaya Melanau dan salah satu daripadanya adalah untuk mengekalkan Kaul di peringkat kampung.

“Ini bertujuan memberi peluang kepada generasi muda untuk turut sama menyertai acara yang penuh tradisi ini. Kita berharap dengan usaha yang dilakukan pelbagai pihak pada hari ini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai supaya sejarah masyarakat kaum Melanau ini tidak dilupakan,” katanya.

 

Pesta Kaul boleh menjadi salah satu tarikan kepada pelancong ke Mukah. Foto: Pusat Khidmat Parlimen Mukah

Menurut kepercayaan masyarakat Melanau, Kaul Petanak ini merupakan antara upacara keramaian peringkat Kampung Petanak di Mukah yang diadakan setiap tahun bertujuan memastikan keberkatan dari “Ipok” iaitu makhluk alam yang menjaga bumi dengan sesi menjamu selera makanan di pantai diadakan.

Baca artikel berkaitan >>> Ayuh berayun di buaian gergasi ‘Tibou’ di Pesta Kaul Mukah 2023 ini

Pengerusi Persatuan Melanau Mukah (PMM), Abdul Yakub Arbi yang juga  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian telah menyatakan Pesta Kaul Mukah 2023 bakal berlangsung dari 26 April hingga 1 Mei depan dan Kaul Serahang Kakan pula akan diadakan pada 11 Mac. – TVS

@tvstvmy

Lazimnya, Pesta Kaul akan diadakan mengikut kalendar Melanau ‘Pagan’ bagi menandakan musim tengkujuh sudah berakhir. Namun kini, ia telah menjadi satu pesta yang amat dinanti-nantikan oleh orang ramai untuk bersama sama memeriahkan pesta ini. 📹TVS #TVS122 #TVSNews #PestaKaul

♬ original sound – TVS News – TVS News

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan