Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kaunselor Teo Boon Siew (tengah) bersama yang lain semasa perasmian penutupan Kursus Asas Akuakultur di Sibu hari ini. Foto: TVS

Penduduk luar bandar disaran kuasai bidang akuakultur, punya pasaran besar

SIBU, 26 Feb: Penduduk luar bandar khususnya di sekitar daerah Sibu disaran agar lebih proaktif melengkapkan ilmu mereka dalam bidang pertanian moden khususnya bidang akuakultur memandangkan ia merupakan sebahagian daripada sumber ekonomi negara yang sangat penting dan mempunyai pasaran besar.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, sebagai satu sumber ekonomi yang penting dan berpotensi, industri akuakultur boleh diterjemahkan menjadi strategi untuk memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Sehubungan itu, penganjuran ceramah kursus asas akuakultur pada hari ini diharapkan dapat disebar oleh setiap ketua komuniti kepada mereka yang berminat untuk mengubah keadaan kawasan pedalaman dan ekonomi kita,” katanya dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Kaunselor Teo Boon Siew yang mewakilinya merasmikan Majlis Penutupan Ceramah Kursus Asas Akuakultur di sebuah hotel di sini, hari ini.

Ceramah tersebut merupakan anjuran bersama oleh Parti Demokratik Progresif (PDP) Zon Tengah, PDP Bahagian Bawang Assan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Empawah dan Komuniti Keluarga Malaysia Norkiah.

Katanya, seramai 180 peserta dari kawasan Bawang Assan dan Dudong menghadiri kursus tersebut yang dikendalikan oleh Pegawai Perikanan Kanan Jabatan Pertanian Sarawak Chin Han Kiat.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, tujuan utama menganjurkan ceramah itu adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman semua orang mengenai industri akuakultur.

“Antara manfaat khusus tersebut termasuk mengajar bagaimana cara untuk mengusahakan bidang akuakultur serta memohon subsidi dan sebagainya,” jelasnya.

Tiong yang juga Presiden PDP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong berharap semua peserta dapat menghargai khusus itu dan belajar lebih lanjut, supaya dapat memberi sumbangan kepada ekonomi negara pada masa akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan