Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek yang ditahan bersama selaras senapang patah, 10 butir peluru dan dadah di Lawas. Foto: IPD Lawas

Lelaki ditahan bersama senapang patah, peluru dan dadah di Lawas

LAWAS, 26 Feb: Polis menahan seorang lelaki dan merampas selaras senapang patah bersama 10 butir peluru dan sejumlah dadah dalam sebuah kenderaan melalui satu operasi di Kampung Berjumpa Jalan Sundar di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan (DSP) Sila Kadong berkata, dalam operasi jam 12 tengah hari itu pihaknya berjaya menahan suspek berusia 40 tahun di simpang jalan masuk ke sebuah rumah tidak bernombor di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis merampas pelbagai keratan tiub straw yang berisi bahan kristal jernih disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 60.9 gram bernilai RM6,090.

“Hasil ujian saringan air kencing awal yang dilakukan didapati suspek positif dadah jenis methamphetamine /amphetamine dan semakan kes lampau mendapati suspek turut mempunyai kes lampau berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan media malam tadi.

Katanya,suspek akan direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan