Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Debut Muhammad Johan Ghazali Zulfikar dalam kejohanan ONE Championship telah mencuri tumpuan apabila hanya perlu mengambil masa 16 saat sahaja untuk menewaskan Padetsuk Fairtex menerusi pukulan ‘knockout’(K.O).

Pukulan K.O Johan Ghazali tumbang lawan dalam ONE Championship di Thailand

ByLuqman Muhammad

THAILAND, 25 Feb: Hanya dalam tempoh masa 16 saat untuk menumbangkan lawan, pukulan ‘knockout’(K.O) oleh Muhammad Johan Ghazali Zulfikar menewaskan Padetsuk Fairtex pada debut ONE Championship, di sini.

Johan 16, tidak mengambil masa yang lama dalam pertarungan ‘Flyweight Muay Thai’ dengan aksi pukulan bertubi-tubi yang disasarkan tepat ke arah atlet Muay Thai dari Thailand itu dalam pusingan pertama.

Menerusi kemenangan itu atlet kebangsaan asal Sarawak ini telah menerima habuan kemenangan berjumlah 350,000 baht (RM44,000).

Terbaharu Johan bergelar Juara dunia Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selain menyumbang pingat emas Muay Thai Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 untuk Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan