Search
Close this search box.
Abdul Karim berucap di Majlis Penyerahan Geran Belia dan Sukan 2023. Foto: TVS

Sarawak cadang bangunkan Pusat Berprestasi Tinggi Sukan

KUCHING, 23 Feb: Kerajaan Sarawak bercadang untuk membangunkan Pusat Berprestasi Tinggi Sukan sebagai platform untuk memastikan keperluan atlet negeri ini mendapat perhatian sepenuhnya, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Inisiatif berkenaan kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan itu, antara program pembangunan sukan di negeri ini selain perkampungan sukan bernilai RM 30 juta yang bakal siap tidak lama lagi.

Menurutnya, kementerian ketika ini giat memperkasakan usaha untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan merangkumi pengawasan latihan serta kawalan pemakanan dan minuman yang diambil oleh atlet.

“Zaman dahulu, kita hanya berlatih sebelum kejohanan sukan tanpa mengambil kira aspek lain seperti pemakanan.

“Sekarang ini latihan yang dilakukan digabungkan dengan sains menerusi peralatan latihan, pemakanan dan minuman serta pengumpulan data tahap kecergasan atlet,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian di Majlis Penyerahan Geran Belia dan Sukan 2023 yang berlangsung sebentar tadi di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Antara lain usaha kata beliau lagi beberapa kompleks mini akan dibangunkan di pelbagai daerah di Sarawak bagi mencungkil bakat muda tempatan dalam arena sukan.

Menerusi pembangunan kompleks sukan mini tersebut, beliau berharap bakat baharu daripada tiga atau empat kategori sukan dapat dicungkil daripada dalam kalangan penduduk sesebuah daerah sebelum mereka terpilih untuk menjalani latihan di perkampungan sukan nanti.

“Semua ini dilakukan bagi memperkasakan sukan di Sarawak,” tegasnya.

Hadir sama Setiausaha Tetap, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Morshidi Frederick dan Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF) Azizul Annuar Adenan -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan