Search
Close this search box.
Infografik 'Pinjaman Tidak Wujud'. Foto: IPD Kuching

RM1.2 juta kerugian libatkan kes penipuan pinjaman tidak wujud

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 23 Feb: Kes penipuan pinjaman tidak wujud (PTW) merekodkan kerugian bernilai RM1.2 juta bagi tempoh tahun 2021 hingga 2023, kata Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah.

Menurutnya kes-kes tersebut disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengiklankan tawaran pinjaman wang melalui media cetak, media sosial ataupun khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Mangsa akan berurusan melalui telefon dan suspek tidak mempunyai pejabat atau lesen perniagaan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek kemudiannya akan meminta mangsa untuk membuat pelbagai bayaran seperti wang jaminan, duti setem, insurans dan bayaran guaman ke akaun bank keldai atau ‘mule account’ sebelum suspek menghilangkan diri.

Justeru, polis menasihati orang ramai supaya lebih peka dan waspada sebelum membuat sebarang transaksi ke akaun pihak ketiga.

Orang ramai juga diingatkan untuk membuat semakan nombor akaun bank penerima terlebih dahulu di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ , hubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997, gunakan aplikasi WhatsApp CCID Infoline di talian 013 211 1222, layari media sosial rasmi @JSJKPDRM @CyberCrimeAlertRMP di Facebook, Instagram dan Twitter atau orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi ‘whoscall’ untuk mengesan nombor telefon yang tidak dikenali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan