Search
Close this search box.
Safiee hadir merasmikan majlis Aspresiasi Kecemerlangan Murid di Sekolah Kebangsaan Sawai baru-baru ini. Foto: TVS

Belanjawan 2023: Agihan adil untuk Sarawak dan Sabah

DARO, 22 Feb: Belanjawan 2023 untuk Sabah dan Sarawak perlu diagihkan secara adil bagi memastikan pelaksanaan projek rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, ia perlu dipertimbangkan sebagai tanda pengiktirafan kepada kedua-dua negeri itu bagi mengimbangi dan menangani keperluan pembangunannya.

“Kita mendapati dalam belanjawan sebelum ini, walaupun peruntukan pembangunan ada disalurkan untuk kedua-dua wilayah ini tetapi apa yang saya dapati selalunya, Sarawak mendapat jauh lebih kurang berbanding dengan Sabah.

“Sedangkan dari keluasan dan keperluannya, kita maklum kedua-dua negeri ini setidak-tidaknya, memerlukan satu perhatian dan juga pertimbangan khususnya daripada peruntukan yang sepatutnya sama rata bagi kedua-dua wilayah ini dan juga termasuklah Semenanjung Malaysia,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Beliau juga berharap belanjawan kali ini lebih bersifat menyeluruh iaitu melibatkan semua peringkat masyarakat agar mereka mendapat perhatian yang sewajarnya khusus dalam era pasca COVID-19.

Malah, belanjawan yang bakal dibentangkan harus mengambarkan Kerajaan Perpaduan selain memberi perhatian sewajarnya kepada Sarawak.

“Ini kerana kita merupakan sebuah wilayah ataupun negeri yang terbesar di Malaysia ini, sudah pasti cabaran untuk membangun khususnya kemudahan infrastruktur ataupun kemudahan asas ini amat memerlukan belanjawan yang besar.

“Jadi harapan kita pembentangan belanjawan kali ini Kerajaan Perpaduan akan melihat perkara ini lebih-lebih lagi bajet di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan di antaranya berkaitan dengan kesihatan dan juga pendidikan. Ini amat kita perlukan,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan