Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan. Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama timbalannya, Datuk Snowdan Lawan diberikan keterangan mengenai perkhidmatan digital Hotel Kuching Park di sini, hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS).

Hotel pintar masa depan industri perhotelan di Sarawak – Abdul Karim

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Feb: Penggunaan teknologi digital dalam pengurusan industri perhotelan amat penting dalam mewujudkan budaya pelancongan pintar di Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemain industri perlu memanfaatkan inovasi teknologi bagi membawa sektor pelancongan ke tahap seterusnya dalam era digital.

Industri perhotelan Sarawak ke arah pelancongan pintar

“Pengusaha hotel perlu memanfaatkan jangkaan kemasukan pelancong domestik dan asing yang datang ke Sarawak dengan inovasi dan kreativiti bagi menyediakan pengalaman terbaik kepada pelanggan selain meningkatkan hasil pendapatan mereka,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Hotel Kuching Park di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Sarawak juga akan memberikan sokongan kepada pihak yang ingin mula mempraktikkan penggunaan teknologi inovasi dalam pengurusan hotel mereka.

Ketika ini, Malaysia juga memberikan tumpuan kepada pelancongan pintar yang melibatkan pendigitalan selain pembangunan produk dan perkhidmatan pintar.

Usaha ini adalah penting dalam memastikan industri pelancongan bersifat mampan dan berdaya tahan sekiranya berhadapan dengan cabaran pada masa hadapan.

“Seperti yang telah dilaporkan oleh The Edge, pelaksanaan strategi ‘Pelancongan Pintar’ di bawah Dasar Pelancongan Negara (NTP) Malaysia akan meningkatkan hasil negara empat kali ganda daripada AS$25 bilion sekarang kepada AS$110 bilion menjelang tahun 2030,” katanya.

Pemain industri juga akan memperoleh kelebihan yang berbeza dengan pesaing-pesaing lain dengan mengamalkan inovasi dalam pengurusan hotel mereka.

Penggunaan teknologi digital juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan selain membangunkan sub sektor inovatif baharu.

Terdahulu, Hotel Kuching Park merupakan hotel digital pintar pertama di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan