Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap di forum anjuran UNIFOR. Foto: Fahmi Joyo (TVS)

UNIFOR bantu naik taraf sekolah daif luar bandar

ByAdlina Rahman

KUCHING, 20 Feb: Sekolah mubaligh di Sarawak tidak perlu menunggu peruntukan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana sejumlah besar peruntukan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) akan digunakan bagi membantu untuk menaik taraf sekolah luar bandar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100 juta untuk UNIFOR pada tahun ini yang digunakan untuk membantu membaiki rumah ibadat, selain  sekolah daif.

“Sekolah ini termasuklah sekolah mubaligh dan juga sekolah Cina, apa yang penting kita mewujudkan suasana keharmonian dalam kalangan masyarakat Sarawak.

“Walaupun pihak KPM memberi bantuan yang diperlukan untuk menaik taraf sekolah yang berkaitan, ia akan memakan masa yang lama dan sukar untuk diperoleh walaupun bagi sekolah kerajaan,” katanya kepada media selepas hadir di Forum Malaysia Interfaith Harmony Week 2023 Edisi ke-3 di sini, hari ini.

Forum anjuran UNIFOR itu bertemakan ‘Love of God, Love of Neighbor and Love of Good’, antara barisan panel yang dijemput bagi mewakili agama masing-masing ialah Ustaz Suharman Edward (Islam), Min Hui Wua (Baha’i), Venerable Sing Kan (Buddhist), Archbishop Simon Poh (Kristian), Dr Balachandran Annamalai (Hindu), Prof Dr Harwinder Singh (Sikh) serta Dr Elena Chai (Tao).

Ketujuh-tujuh panel telah membentangkan pelbagai topik berkenaan kepelbagaian agama dalam usaha mempromosikan nilai perpaduan dan keharmonian antara berlainan agama pagi tadi.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata, beberapa sekolah luar bandar telah dikenal pasti berada dalam keadaan daif yang memerlukan peruntukan untuk dibaik pulih.

“Ada (sekolah mubaligh daif) iaitu sekolah St. Thomas, sekolah methodhist, katolik, protestant di luar bandar, termasuk sekolah Chung Hua,” ujarnya lagi.

Sebelum ini Abang Johari menyatakan peruntukan berjumlah RM100 juta diberikan kepada UNIFOR bagi tahun 2023, pada tahun 2021 dan 2022, sebanyak RM30 juta diberi untuk menaik taraf sekolah mubaligh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan