Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (lima kiri) merasmikan Program Karnival Kesihatan dan Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Daerah Asajaya. Foto: TVS

Saringan awal kesihatan bantu kesan penyakit – Abdul Karim

ASAJAYA, 20 Feb: Masyarakat diingatkan agar tidak malu atau takut untuk melakukan saringan kesihatan sama ada di klinik kesihatan kerajaan ataupun swasta.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, saringan awal kesihatan tersebut akan membantu individu terbabit untuk mengesan lebih awal gejala penyakit tidak berjangkit seperti kanser, kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Menurutnya, situasi itu secara tidak lansung membolehkan langkah pencegahan atau rawatan awal diberikan untuk mengubati dan merawat penyakit terbabit.

“Buatlah saringan awal kerana ia boleh diubati sekiranya dikesan di peringkat awal, namun kalau sudah terlalu lanjut dan sudah masuk peringkat yang ketiga, peringkat yang keempat nak berpatah balik sudah agak susah.

“Kalau sudah berada di peringkat akhir baharu hendak mencari doktor ia sudah agak terlambat, sebab itulah pada peringkat awal lagi dan lebih bagus, kalau dapat setiap tahun kita keluarkan sedikit tabungan kita untuk buat saringan penuh kesihatan,” katanya ketika berucap pada Program Karnival Kesihatan dan Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Daerah Asajaya hari ini.

Menurut Abdul Karim, kanser payudara merupakan kanser utama yang menyerang kaum wanita di Malaysia seterusnya menjadi penyebab utama kematian dalam kalangan wanita.

“Kanser tersebut mencatatkan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 34.1 peratus berbanding kanser lain dalam kalangan wanita di negara ini,” ujarnya.

Katanya, peratusan itu bermakna terdapat 34.1 kes kanser payudara dikesan bagi setiap 100,000 populasi wanita di Malaysia.

Justeru tegas beliau, pengesanan awal merupakan kunci utama bagi memastikan kanser tersebut dapat dirawat dan dikawal menggunakan kaedah perubatan yang bersesuaian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan