Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus ketika ditemui TVS berhubung Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan. Foto: TVS

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan 9 Mac ini

ByMuqri Aziz

KUCHING, 20 Feb: Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan khas yang telah diaktifkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijangka akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada 9 Mac ini di Sarawak.

Khabar baik itu disampaikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Rosey Yunus selepas merasmikan Majlis SeDidik Teacher’s Team Building 2023 di Kampung Budaya Sarawak (KBS) hari ini.

Rosey berkata, akan terdapat beberapa kelulusan yang akan diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri serta Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

“Setakat yang diputuskan adalah pada 9 Mac ini dan berharap tiada lagi penangguhan dilakukan atas alasan terpaksa menumpukan sesuatu mesyuarat yang penting.

“Namun, perancangan seterusnya adalah pada 9 Mac ini jika tiada halangan yang lain dan ini adalah satu perkara yang kita nantikan kerana InsyaAllah akan ada beberapa kelulusan yang akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri.” katanya ketika ditemui TVS.

Ditanya mengenai keputusan kerajaan meluluskan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara, beliau berkata, itu adalah satu perkara yang dinanti-nantikan kerana telah lama diperdebatkan.

“Ini adalah satu perkara yang dinantikan kerana kita telah lama melihat dan mendengar rungutan daripada ibu bapa yang anak mereka lahir di luar negara yang mahu mendapat kerakyatan melalui proses yang begitu panjang.

“Jadi, kita mengharapkan agar ini disokong kuat oleh Ahli-ahli Parlimen kita dan mudah-mudahan ia dapat dipercepatkan pelaksanaannya dan prosesnya agar tidak lagi berlaku kelewatan proses itu,” katanya lagi.

Sabtu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan bersama memaklumkan kerajaan bersetuju cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara Malaysia.

Kenyataan itu juga memaklumkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2023 itu dijangka akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen ini setelah memenuhi kehendak undang-undang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan