Search
Close this search box.
Datuk Dr Juanda Jaya menyampaikan bantuan peralatan perikanan kepada nelayan di Igan, semalam. Foto: UKAS

Jangan jual bantuan peralatan perikanan – Juanda

IGAN, 20 Feb: Kegembiraan terserlah pada wajah nelayan yang menerima bantuan peralatan perikanan di sini pada Ahad.

Mereka adalah sebahagian daripada seramai 310 orang nelayan yang menerima bantuan itu bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng.

Fasa kedua bantuan melibatkan seramai 96 orang nelayan B40 dari sekitar Igan menerima bantuan perikanan bernilai RM192,000.

Datuk Dr Juanda Jaya bergambar bersama penerima bantuan input perikanan di daerah kecil Igan, semalam. Foto: UKAS

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, program bantuan itu merupakan usaha kerajaan untuk membantu meringan beban kaum nelayan.

“Setiap seorang menerima input (peralatan) sekitar RM2,000. Ini adalah satu lagi inisiatif kerajaan Sarawak bagi memastikan golongan B40 dalam kalangan nelayan laut dan nelayan darat, diberi bantuan untuk meningkatkan ekonomi dan mencari rezeki mereka,” katanya ketika dihubungi TVS selepas menyempurnakan agihan bantuan input perikanan di Igan semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Integriti dan Ombudsman berkata, secara keseluruhan bantuan itu melibatkan seramai 310 orang penerima di kawasan DUN Jemoreng.

“Pengagihan fasa ketiga akan segera dilakukan setelah segala urusan pentadbiran diselesaikan oleh pihak Jabatan Pertanian sebagai agensi yang menguruskan agihan input nelayan seperti ini.

“Saya juga berharap penerima menggunakan peralatan ini dengan sebaiknya, jangan sesekali dijual atau diberikan dengan orang lain, gunakan ia sebagai alat untuk menambahkan rezeki dan memudahkan urusan ahli keluarga,” ujarnya.

Walaupun giat melaksanakan pembangunan, kerajaan masih memberi perhatian kepada sektor tersebut malah sentiasa mengilap potensinya agar terus berkembang.

Langkah itu perlu agar bidang berkenaan terus maju dan berdaya saing dengan sektor lain bagi melengkapi satu sama lain sejajar dengan matlamat kerajaan negeri maju menjelang 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan