Search
Close this search box.
Muhammad Fahmi Hafizi Zulkifli. Foto: PDRM

Pelajar Kejuruteraan Penerbangan dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu

ByBernama

ALOR SETAR, 19 Feb: Seorang pelajar Kejuruteraan Penerbangan Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, ketika sedang mandi-manda di pantai itu bersama rakannya, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menerima panggilan mengenai kejadian menimpa Muhammad Fahmi Hafizi Zulkifli, 20, pada jam 7.20 malam tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa serta beberapa rakannya sedang berenang di pantai itu sebelum dipercayai lemas dan mangsa cuba diselamatkan rakan-rakan serta pelancong, namun gagal kerana alun air kuat.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan sepasukan 57 pegawai dan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Rela. Operasi ditangguhkan pada jam 12 tengah malam tadi dan disambung semula pada pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shariman berkata, mangsa yang beralamat di Langgar, Alor Setar itu, bersama rakan-rakannya dikatakan baharu dua minggu berada di pulau pelancongan berkenaan bagi menjalani latihan industri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan