Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian Pelajar Tahun Akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif UITM Sarawak yang terlibat untuk Pameran ReQaSeni-ENIGMA yang diadakan di sini hari ini. Foto: TVS.

Pameran ReQaSeni, platform pelajar UiTM Sarawak dedah karya seni

BySalasiah Safian

KUCHING, 19 Feb: Pameran ReQaSeni ke-17 yang bertemakan ENIGMA merupakan platform yang menguji pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) kerana karya seni dihasilkan mereka dipamerkan secara terus kepada orang ramai.

Rektornya, Dato Dr Jamil Hamali berkata, menerusi pameran itu juga, para pelajar berpeluang untuk mendengar pandangan, komen serta kritikan dan seterusnya memperbaiki hasil seni masing – masing.

Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak, Dato Dr Jamil Hamali hadir Pameran ReQaSeni ke-17 anjuran pelajarnya di sebuah pusat membeli – belah di sini hari ini. Foto: TVS

“Jadi komen yang diberikan bagus, Alhamdulillah. Jika tidak, ambil ia sebagai panduan untuk perbaiki.

“Saya harap anda terus bersikap positif supaya boleh menjadi artis atau pereka grafik yang berjaya kerana banyak peluang tersedia dalam bidang ini.

“Sebagai contoh, jika kita melihat di pusat beli belah ini, terdapat banyak produk atau outlet yang memerlukan kreativiti anda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Pameran ReQaSeni Pelajar Tahun Akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif UITM Sarawak, di sini hari ini.

Pameran selama empat hari yang berakhir hari ini mempamerkan karya seni dihasilkan 38 orang pelajar tahun akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif, UITM Sarawak.

Pelbagai karya seni kreatif dan menarik yang menggabungkan pendekatan tradisional dan kontemporari melalui ilustrasi digital, multimedia, animasi 3D, reka bentuk identiti korporat, pengiklanan dan pelbagai lagi yang ditawarkan di UiTM Sarawak sejak 2006.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan