Search
Close this search box.
Pengarah APM Sarawak, Penolong Pesuruhjaya (Pertahanan Awam) Abdul Wahab Rahim ketika berucap di Majlis Penangguhan Kursus Asas Civil Defense Emergency Respone Team (CDERT) di Gedong, hari ini. Foto: TVS

APM tolak perbezaan ideologi politik ketika bencana – Abdul Wahab

GEDONG, 19 Feb: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menolak sebarang ideologi politik ketika berdepan situasi bencana.

Pengarah APM Sarawak, Penolong Pesuruhjaya (Pertahanan Awam) Abdul Wahab Rahim berkata, beliau mahukan semua pihak berlainan latar belakang politik untuk turun ke lokasi bencana bersama-sama pihak berkuasa lain dalam membantu rakyat yang terkesan.

Katanya, ideologi perbezaan politik tidak seharusnya dibawa ke lokasi bencana kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.

“Saya sendiri menolak perbezaan ideologi politik kerana bencana yang berlaku tidak memerlukan mana-mana parti politik tertentu sahaja dalam membantu rakyat.

“Semua parti politik seharusnya duduk bersama semeja dan memikirkan kaedah dalam membantu rakyat yang ditimpa musibah,” katanya ketika berucap di Majlis Penangguhan Kursus Asas Civil Defense Emergency Respone Team (CDERT) di sini, pagi tadi.

Abdul Wahab berkata, tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan berlainan ideologi politik adalah tepat sambil menyifatkan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kerajaan terbaik sedia ada.

Hadir sama pada majlis itu ialah Penaung CDERT, Datuk Seri Azman Samaon, Pegawai APM Daerah Asajaya dan Simunjan Leftenan Hafizul Samah dan Leftenan Muhammad Elyas Abdul Rhanie, anggota APM serta 35 peserta kursus CDERT. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan