Search
Close this search box.
Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Mohd Naroden Majais. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Aplikasi teknologi digital dalam perniagaaan – Naroden Majais

ByAmirah Shawel

KUCHING, 19 Feb: Sarawak bakal menjadi peneraju dalam ekonomi digital sekiranya individu yang menceburi bidang perniagaan mengaplikasikan penggunaan teknologi digital dalam pengurusan perniagaan.

Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Mohd Naroden Majais berkata, peniaga perlu belajar menggunakan teknologi digital sesuai dengan kehendak arus perdana, malah selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak dalam memartabatkan ekonomi digital.

Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Mohd Naroden Majais merasmikan Majlis Pelancaran Saraneo Holdings Sdn Bhd. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

“Tidak kira sekecil mana perniagaan, ini adalah platform terbaik yang akan meletakkan anda diparas yang sama dengan perniagaan besar yang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Saraneo Holdings Sdn Bhd di sini, hari ini.

Katanya, dengan idea dan pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak berada di hadapan dalam ekonomi digital di Malaysia.

“Penggunaan teknologi dalam menguruskan perniagaan membolehkan peniaga-peniaga kecil dan sederhana khususnya berhubung dengan pelanggan, selain menjalankan transaksi pembelian dengan mudah seperti syarikat besar lain,” ujarnya.

Beliau turut menggesa golongan peniaga untuk terus mencuba pelbagai kaedah dalam memastikan proses urus niaga lebih berkualiti dan mampu memenuhi permintaan pelanggan.

“Generasi kini bijak dalam menggunakan teknologi dan mereka memiliki kuasa pembelian yang lebih kuat. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka, para peniaga perlu mengikuti budaya ini termasuk dalam perniagaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan