Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah(dua kanan) menyampaikan cenderamata kepada Frank-Walter Steinmeier. Foto: UKAS

Presiden Jerman lawat Kuching Wetlands, orang utan di Semenggoh

ByDouglas Elliot

KUCHING, 18 Feb: Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier memulakan lawatan rasmi sulungnya ke Sarawak dengan melawat Taman Negara Tanah Lembap Kuching di sini, hari ini.

Ditemani isterinya, Elke Budenbender, rombongan dari Jerman itu tiba di jeti Esplanade, Telaga Air pada jam 11.45 pagi dan bergerak menaiki bot ke Monkey Island sekitar jam 11.55 pagi.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Taliff Salleh.

Delegasi itu kemudiannya meneruskan lawatan ke sungai Lemidin dan menanam pokok Mersawa Kunyit dan Bintangor Madu sebagai simbolik kunjungan ke situ.

Sekitar jam 2.10 petang, rombongan tersebut bergerak ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh sebelum berangkat pulang ke Berlin pada sebelah petang.

Terdahulu, Steinmeier tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) sekitar jam 10.40 pagi.

Ketibaan beliau dan isteri disambut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Lawatan kerja sehari itu merupakan lawatan sulung Steinmeier ke Sarawak dan merupakan sebahagian daripada jadual lawatan rasmi tiga hari beliau ke Malaysia.

Untuk rekod, kali terakhir Presiden Jerman melawat Malaysia adalah 26 tahun lalu iaitu pada April 1997. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan