Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub(dua kanan) menunjukkan bakul Rahmah semasa menghadiri Pelancaran Inisiatif Pengumpulan Barangan untuk Bakul Rahmah oleh Pasar raya Everise di Kuching hari ini. Foto: TVS

Konsep Rahmah diperluas ke institusi kewangan dan insurans

KUCHING, 18 Feb: Konsep Rahmah yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani isu kos sara hidup dicadangkan untuk diperluas kepada institusi kewangan dan insurans.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia mengambil kira selepas sambutan menggalakkan konsep berkenaan sama ada daripada pemain industri serta orang ramai melalui pelaksanaannya melibatkan industri makanan dan peruncitan.

Katanya, satu pertemuan dan sesi libat urus bersama institusi kewangan bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan terbabit akan diadakan dalam waktu terdekat.

“Mana tahu akan ada pakej-pakej dari pihak bank dan insurans menggunakan konsep Rahmah ini yang ingin ditawarkan oleh mereka kepada rakyat.

Bagaimanapun, setakat ini saya belum berjumpa lagi dengan mereka (institusi kewangan dan insurans) dan cadangan untuk berjumpa itu ada dalam tempoh terdekat ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Pelancaran Inisiatif Pengumpulan Barangan untuk Bakul Rahmah oleh Pasar raya Everise di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini sejumlah 38 premis di seluruh Sarawak terlibat dalam menawarkan bakul serta menu Rahmah.

Jumlah tersebut katanya, melangkaui jangkaan asal selain optimis jumlah terbabit akan bertambah pada masa hadapan.

Terdahulu, konsep Rahmah dilaksanakan kerajaan bertujuan  membantu rakyat khususnya golongan B40 dalam mendepani cabaran kos sara hidup dan kelembapan ekonomi pasca COVID-19.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan