Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) bersama pihak penganjur Creatively Unique Sarawak. Foto: Ahmad Nasrullah

Abdul Karim berharap fokus perkasa belia diteruskan dalam Bajet 2023

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 18 Feb: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan berharap Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan lebih banyak belanjawan kepada golongan belia dalam Bajet 2023 yang akan dibentang pada 24 Februari ini.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memperkasakan golongan belia melalui bajet yang disalurkan.

“Sejujurnya saya tidak menjangkakan atau mengharapkan lebih untuk belanjawan ini kerana bukan mudah untuk mendapatkan dana.

“Saya berharap ia akan disalurkan kepada sektor pertanian, sukan, seni persembahan dan lain-lain yang mana memberikan kebaikan kepada kita (Sarawak) untuk membangun,” katanya kepada pemberita selepas SWAK The New Gen of Style Fashion Show di Old Court House malam ini.

Katanya, pendekatan kepada belia merupakan satu gerakan yang berdikari daripada kementerian.

“Kita mempunyai dana yang cukup tetapi bukan dari Kerajaan Persekutuan sebaliknya dari Kerajaan Sarawak.

“Setakat pendekatan yang dilakukan, aktiviti untuk belia seperti sukan telah dilakukan sejak dahulu lagi. Saya melihat pendekatan kepada belia semakin mendapat sokongan yang positif baik di kawasan bandar mahupun luar bandar, kita akan sentiasa meneruskan pendekatan ini untuk mereka,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau meluahkan rasa kagumnya kepada penganjur SWAK The New Gen of Style Fashion Show bersempena dengan Creatively Unique Sarawak anjuran The Generations dalam menghasilkan acara yang luar biasa yang sekali gus mendapat sambutan orang ramai.

Abdul Karim berharap acara seperti itu dapat dianjurkan pada masa akan datang dengan sedikit kelainan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan