Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan rumah susulan ribut yang melanda Kampung Buntal. Foto: BBP Petra Jaya

Sebuah rumah di Kampung Buntal rosak dibadai ribut

ByNina Azman

KUCHING, 17 Feb: Sebuah rumah mengalami kerosakan terutama di bahagian bumbung dalam kejadian ribut di Kampung Buntal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8 pagi.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.50 pagi seterusnya dua anggota digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa,” katanya.

Menurut laporan PGO, kediaman milik Raniah Kaderun, 69, itu turut dihuninya bersama enam ahli keluarga yang lain.

“Pihak Bomba memberi nasihat agar berpindah jika perlu sekiranya berlaku ribut semula dan memaklumkan kepada Ketua Kaum untuk tindakan yang perlu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, laman sesawang MetMalaysia melaporkan Sarawak akan dilanda hujan dan ribut petir bermula hari ini hingga 23 Feb. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan