Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan merasmikan Persidangan Wakaf Antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 16 dan 17 Mac ini. Foto: Fiqri Razak (TVS).

Premier Sarawak bakal rasmi Persidangan Wakaf Antarabangsa Mac ini

ByAkma Salleh

KUCHING, 17 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan merasmikan Persidangan Wakaf Antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 16 dan 17 Mac ini.

Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Kadim Suaidi berkata persidangan dua hari itu bakal dihadiri seramai 300 peserta bagi menyaksikan sembilan orang penceramah dari dalam dan luar negara untuk membentangkan kertas kerja mereka.

“Tujuan persidangan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang berapa pentingnya wakaf sebagai cabang ekonomi dan Premier Sarawak juga telah bersetuju untuk hadir bagi merasmikan acara berkenaan di Hotel Waterfront nanti,” katanya.

Dr Kadim berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya, di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Kadim berkata, UNIMAS dengan kerjasama Hospital Umum Sarawak juga akan melancarkan satu tabung kesihatan pada persidangan itu bagi membantu gologan memerlukan.

“Tabung kesihatan wakaf ini khusus untuk membantu golongan memerlukan seperti bantuan untuk mendapat rawatan kanser, diagnosis dan sebagainya.”

“Ini pertama kali UNIMAS mengadakan persidangan wakaf serta tabung kesihatan seperti ini,” katanya lagi. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan