Search
Close this search box.
Setiausaha Persatuan Autisme Kuching, Duane Reggie Tersan ditemui di sidang media ‘Bunny Run Autism 2023’ di Pusat Persatuan Autisme Kuching. Foto TVS.

Bajet 2023: Tubuhkan lebih banyak pusat autisme kanak – kanak di Sarawak

KUCHING, 17 Feb: Persatuan Autisme Kuching berharap agar lebih banyak pusat latihan untuk kanak – kanak istimewa dibangunkan di Sarawak.

Setiausahanya, Duane Reggie Tersan berkata, ini termasuklah menambah pusat yang dikhususkan untuk kanak – kanak autisme.

“Ketika ini masih kurang pusat latihan untuk kanak – kanak istimewa di Sarawak.

“Oleh itu kita menaruh harapan agar kerajaan memberi tumpuan mengenai perkara ini pada pembentangan Belanjawan 2023 Jumaat depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Bunny Run Autism 2023 di Pusat Persatuan Autisme Kuching pada hari ini.

Mengulas lanjut keperluan pusat latihan kanak – kanak, Duane Tersan berkata, pusat dikendalikan pihaknya merupakan pusat tunggal untuk kanak – kanak autisme di Kuching.

“Pusat ini sudah tidak mampu untuk menampung kanak-kanak autisme yang semakin meningkat,” katanya.

Katanya, pusat berkenaan berkapasiti kecil dan oleh sebab itu mereka menyeru lebih banyak kemudahan sedemikian diwujudkan di sini. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan