Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kasut itu yang dipakai oleh Tentoglou ketika beraksi pada Jelajah Tertutup Olahraga Dunia di Perancis, Rabu, lepas akan dilelong. Foto: Reuters.

Atlet lompat jauh Greece lelong kasut bantu kanak-kanak mangsa gempa bumi Turkiye

ByBernama

ATHENS, 17 Feb: Atlet lompat jauh terkenal Greece, Miltiadis Tentoglou akan melelong kasutnya untuk disumbangkan kepada kanak-kanak mangsa gempa bumi Turkiye, lapor media tempatan pada Khamis.

Kasut itu dipakai oleh Tentoglou yang juga pemenang pingat emas Olimpik, ketika beraksi pada Jelajah Tertutup Olahraga Dunia di Perancis pada Rabu itu akan dilelong seperti yang dicadangkan oleh jurulatihnya Giorgos Pomaski, lapor Agensi Anadolu memetik ERT.

Tentoglou yang dilahirkan pada 1998, memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan lompatan 8.41 meter.

Beliau juga memenangi empat gelaran Eropah berturut-turut pada 2019, 2020, 2021 dan 2022.

Sekurang-kurangnya 38,044 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Februari, menurut agensi bencana negara itu pada Jumaat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan