Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni (tiga dari kanan) hadir pada sidang media pengumuman Kuching sebagai tuan rumah Persidangan Karbon Asia 2023 di sini hari ini. Foto TVS.

Kuching tuan rumah Persidangan Karbon Asia 2023

ByDouglas Elliot

KUCHING, 16 Feb: Bandar raya ini dipilih sebagai tuan rumah Persidangan Karbon Asia 2023 yang diadakan buat kali pertama.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni berkata, persidangan itu akan bermula pada 14 hingga 16 Mac depan.

Katanya, acara itu bakal menghimpun lebih 400 delegasi termasuk 150 peniaga karbon antarabangsa dalam perbincangan peluang perniagaan, pembangunan terkini berkaitan polisi, peraturan serta trend pasaran.

“Persidangan ini selaras dengan matlamat Sarawak untuk menuju ke arah ekonomi hijau dan seterusnya mencapai sifar pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050.

“Sarawak ialah negeri pertama di Malaysia yang mempunyai rangka kerja yang kukuh di mana kita memulakan perdagangan karbon dengan peraturan, lesen dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Dr Hazland, Sarawak ketika ini dalam proses merangka ordinan karbon dan hidrogen dan ini bermakna telah mendahului negeri-negeri lain.

Usaha itu kata beliau juga selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) bagi menjana pendapatan baharu untuk negeri.

Sementara itu, beliau berkata, permintaan kredit karbon di Asia semakin meningkat dan Sarawak tidak seharusnya melepaskan peluang untuk terlibat dalam aktiviti pengurusan perubahan iklim.

“Sarawak mempunyai keluasan tanah yang besar dan kita boleh menyimpan banyak sisa karbon di hutan,” katanya.

Persidangan tiga hari berkenaan dianjurkan oleh Argus Media dengan kerjasama Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar serta disokong oleh Business Events Sarawak, Petros dan Samling Group. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan