Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan kerajaan telah menjalankan pelbagai program intervensi bagi menjaga pendapatan pekebun getah di seluruh negara susulan kejatuhan harga komoditi berkenaan. Foto: Envato.

Kerajaan perkenal pelbagai program jaga kebajikan penoreh getah – Fadillah

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Kementeriaan Perladangan dan Komoditi telah menjalankan pelbagai program intervensi bagi menjaga pendapatan pekebun getah di seluruh negara susulan kejatuhan harga komoditi berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, antara yang diperkenalkan ialah Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) bagi menggalakkan pekebun kecil getah menghasilkan lateks berbanding dengan getah sekerap.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komuniti memaklumkan, setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program itu akan menerima insentif tunai sebanyak RM1 sekilogram bagi 100 peratus kandungan getah kering.

“Peserta juga menerima bantuan berbentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM850 bagi setiap hektar secara one off ,” jelas beliau pada Sidang Parlimen hari ini.

Sementara itu, Fadillah turut memaklumkan, kementerian juga telah melaksanakan dua inisiatif bagi menjaga kepentingan pekebun kecil getah iaitu Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET).

“Di bawah IPG, sejumlah RM446 juta telah dibelanjakan untuk diagih kepad 207,128 orang penerima sejak 2015.

“Melalui IPG, pekebun kecil akan menerima harga getah peringkat ladang dan kandungannya mestilah mempunyai 50 peratus kandungan getah kering, sekurang-kurangnya pada harga RM2.50 sekilogram,” tambahnya.

TARGET pula dilaksanakan dengan objektif untuk meningkatkan pendapatan secara kluster pekebun kecil getah dengan memendekkan rantaian bekalan melalui penglibatan kluster pekebun dalam rantaian industri.

“Projek ini dijangka dapat menambah nilai getah dan memberi pulangan dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan