Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelan lokasi kerja-kerja penyambungan pair akan dijalankan bermula pukul 9 malam esok. Foto SWB.

Gangguan bekalan air Sibu bermula pukul 9 malam esok

SIBU, 16 Feb: Lembaga Air Sibu (SWB) menjangkakan sebahagian kawasan di bandar ini akan mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 9 malam esok.

SWB memaklumkan, gangguan itu berikutan kerja-kerja penyambungan paip di Batu 13, Jalan Sibu-Bintulu Sibu.

Antara kawasan yang terlibat ialah Stesen Pam Pengalak Batu 13, Kem Askar Batu 14, Rumah Sri Kenangan Batu 13, Kem Askar Junaco Park, Stesen Pam Pengalak Batu 19, kawasan Spur Tanggi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar No.1 Sibu.

“Gangguan air juga dijangka akan berlaku di Nirvana Memorial Park, Kem YMCA dan kawasan Sibintek Batu 24, Sibu,” jelas SWB menerusi kenyataan media hari ini.

Sepanjang tempoh berkenaan, penduduk akan mengalami tekanan air rendah atau putus bekalan air selama empat hingga enam jam.

SWB memberi jaminan akan menyiapkan kerja berkenaan segera dan seterusnya bekalan air dijangka akan kembali pulih secara berperingkat di kawasan terjejas.

Pengguna di kawasan yang terlibat juga dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan