Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan sebanyak 79 peratus senarai sekolah daif negara berada di Sabah dan Sarawak.Foto TVS.

Selangau seluas Johor, tidak adil peruntukan sama dengan parlimen kecil di Semenanjung

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pemotongan peruntukan kepada kawasan parlimen dibimbangi akan menjejaskan pembangunan dan kebajikan penduduk di rumah panjang, kata Parlimen Selangau, Edwin Banta.

Edwin berkata, keputusan perlu disemak semula oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Edwin, jumlah baharu sebanyak RM1.3 juta berbanding RM3.8 sebelum ini dibimbangi akan melebarkan lagi jurang kemajuan dikecapi oleh Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah.

“Saya berharap Perdana Menteri tidak akan memotong peruntukan kerana ia perlu bersesuaian dengan keperluan dan saiz sesuatu kawasan.

“Bahagian Selangau mempunyai keluasan yang hampir sama dengan Johor dan merupakan kawasan parlimen yang ketiga terbesar di Malaysia.

“Oleh itu tidak adil sekiranya diberi peruntukan sama dengan kawasan parlimen yang kecil di Semenanjung Malaysia,”katanya yang ditemui selepas membahaskan Titah Diraja pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya peruntukan sedia ada dikekalkan, ia juga akan dapat digunakan bagi tujuan tambah baik sekolah-sekolah daif selain membantu menyediakan prasarana baharu di rumah panjang di Selangau.

“Ia tidak hanya di Selangau malah untuk kawasan-kawasan parlimen lain di Sarawak juga,” katanya.

Tambahnya, masih banyak rumah panjang yang memerlukan kemudahan asas seperti air dan elektrik.

“Tanpa peruntukan yang besar, saya sebagai ahli parlimen tidak dapat membantu penduduk-penduduk rumah panjang untuk hidup selesa.” katanya.

Kata beliau, walaupun Kerajaan Sarawak mengambil langkah proaktif membangunkan keseluruhan kawasan di sana, namun peruntukan yang mencukupi kepada wakil rakyat akan dapat mengurangkan jurang kemajuan bandar dan luar bandar akan dapat ditangani.

“Namun jika kerajaan tidak mahu menambah jumlah peruntukan, kerajaan perlu tampil dengan formula baharu untuk membangunkan Sarawak dan Sabah,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan