Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada Majlis Malam Apresiasi dan Jalinan Kasih Jabatan Muzium Sarawak (JMS) 2023, di sini, malam tadi.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada Majlis Malam Apresiasi dan Jalinan Kasih Jabatan Muzium Sarawak (JMS) 2023, di Kuching, malam tadi. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Sarawak tuan rumah sambutan Hari Muzium 2023

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 15 Feb: Sarawak menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) Peringkat Kebangsaan 2023 yang akan diadakan pada bulan Julai nanti.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau amat mengalu-alukan kedatangan kontijen dari seluruh negara ke Bumi Kenyalang bagi menyambut HMA kali ini yang bertemakan “Museums, Sustainability and Well-being”.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Muzium Malaysia kerana telah memilih Sarawak sebagai tuan rumah untuk HMA pada tahun ini.

“Sambutan HMA ini adalah satu pengiktirafan yang besar khususnya kepada Sarawak, sebagai negeri yang sememangnya kaya dengan warisan dan budaya yang unik dan pelbagai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Apresiasi dan Jalinan Kasih Jabatan Muzium Sarawak (JMS) 2023, di sini, malam tadi.

Tambah Abdul Karim, pelbagai aktiviti sedang dirangka oleh JMS untuk edisi kali ini agar pengalaman yang akan dirasai dapat meninggalkan memori terindah kepada setiap peserta yang menyertainya.

“Saya yakin dan percaya bahawa pihak JMS akan cuba dengan sedaya upaya untuk menjadikan penganjuran HMA edisi tahun ini adalah yang terbaik,” ujarnya.

Pada tahun lepas, Kelantan telah menjadi tuan rumah bagi HMA 2022 Peringkat Kebangsaan dan acara itu diadakan secara fizikal buat kali pertama selepas dua tahun negara dilanda wabak COVID-19.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan